Feb 19, 2012 - The Wife    No Comments

MENGAPA AktivISMA?


“ Aku tidak menulis buku, tetapi aku menulis manusia “

Alangkah hebatnya kata-kata yang lahir dari seorang tokoh yang sentiasa berfikir untuk umat ini, Imam As Shahid  Hassan Al Banna apabila ditanya mengapa beliau tidak menulis  banyak buku seperti mana tokoh-tokoh lain.

Tugas membina manusia sememangnya tidak mudah. Memastikan setiap pelajar luar negara, kembali ke Malaysia dengan segulung ijazah boleh dilakukan oleh pensyarah-pensyarah universiti yang hebat-hebat ini. Namun adakah kita turut ingin meletakkan harapan kepada pensyarah-pensyarah ini untuk melahirkan graduan yang mempunyai jatidiri sebagai seorang Muslim, jelas matlamat hidupnya sebagai seorang Muslim, dan akhirnya menggunakan ijazah yang dimiliki untuk kembali berbakti kepada umat Islam yang semakin mendahagakan professional yang amanah, bertanggungjawab dan memiliki akhlak islami mengisi jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta.

Saya ingat lagi kata-kata salah seorang Fasilatator dalam Kursus BTN sebelum saya terbang ke Australia sembilan tahun lalu.

“ Kamu semua ke luar negara adalah dengan menggunakan duit rakyat. Biasiswa yang kamu perolehi adalah amanah rakyat Malaysia. Jangan sia-siakan amanah ini..pastikan kamu semua berjaya menamatkaan pengajian dan pulang ke tanah air untuk berbakti kepada masyarakat.”

Namun hakikatnya, berapa ramai graduan luar negara yang apabila kembali ke Malaysia adalah dengan niat untuk benar-benar berbakti kepada masyarakat, ataupun kita akhirnya sekadar mengikut arus semasa.

“ Belajar luar negara, balik Malaysia mestilah kerjanya bagus, gajinya besar, keretanya dan rumahnya mewah”.

 Realitinya, tidak sedikit yang hidup bekerja siang dan malam berhempas pulas hanya untuk membayar hutang-hutang bank untuk memastikan kehidupan yang setanding dengan status ‘oversea gradutated’.

Adakah masih ada masa untuk memikirkan isu masyarakat tatkala bebanan kerja di tempat kerja sudah cukup untuk meletihkan otak? Adakah masih ada peruntukan gaji untuk amal-maal kebajikan tatkala duit mengalir ibarat air untuk menampung kehidupan seharian yang kian meningkat? Adakah masih ada qudrat dan tenaga untuk keluar bertemu dengan masyarakat, menyelami masalah mereka, dan bersama-sama menyelesaikan masalah mereka, tatkala seluruh tenaga telah dikerah untuk pergi dan pulang dari kerja dan cuti adalah untuk rehat?.

Hakikatnya, lebih ramai manusia yang hidup untuk dirinya sendiri berbanding sanggup mengorbankan sedikit masa, tenaga, harta dan apa jua aset yang ada untuk terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan NGO yang biasanya menjadi saluran untuk  kita turun padang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ciri-ciri individu seperti ini sekiranya tidak dibentuk sejak alam mahasiswa, sebenarnya jauh lebih sukar untuk dibentuk di peringkat alam kerjaya. Tidak dinafikan kerjaya juga adalah medan untuk berbakti kepada masyarakat, namun tanpa kualiti modal insan yang mempunyai nilai-nilai yang islami, lebih banyak yang bekerja hanya demi sesuap nasi dan merasa bosan dengan kerjaya yang dilakukannya.

Kerana itu, fasa belajar di peringkat universiti bukan sekadar sekitar buku-buku teks, assignment dan peperiksaan, dan apabila cuti semester sibuk merancang aktiviti-aktiviti untuk melepaskan tekanan, sama ada berjalan-jalan, membeli belah, menghabiskan masa ber jam-jam melayan satu movie ke satu movie, satu video games kepada satu video games dan banyak lagi aktiviti-aktiviti ‘menghiburkan diri’ yang boleh diterokai tanpa kawalan ibu bapa dan sesiapa. Alam mahasiswa sebenarnya adalah ‘waktu emas’ untuk pelajar-pelajar melaburkan masa mereka dengan persatuan yang kewujudannya selari dengan  matlamat hidup yang sebenar yang telah digariskan oleh Allah Taa’la,  yang membina kualiti kepimpinan dan jatidiri Islam melalui program-program yang dilaksanakan, yang menekankan praktikaliti seorang Muslim melalui contoh tauladan sesame ahli  dan yang paling penting aktiviti-aktiviti yang mengajar kita untuk lebih banyak memberi daripada menerima.

Program Tarbiyatul Aulad untuk mengisi masa cuti musim panas anak-anak post grad,

Pengalaman peribadi saya bersama ISMA Victoria sepanjang keberadaan saya di Australia, peluang mengendalikan program-program yang berbentuk kebajikan pelajar seperti Program Langkah Bermula, membantu adik-adik juniors untuk menyesuaikan diri dalam peringkat awal ketibaan, program-program bermanfaat untuk mengisi musim cuti semester  seperti Winter gathering, Winter trip, seminar-seminar membentuk kefahaman Islam yang syumul, dan keterlibatan dalam projek-projek amal seperti Malam Bersamamu Palestine banyak membentuk sifat positif dan kemahiran-kemahiran yang berharga untuk diaplikasikan di peringkat kerjaya. Menjadi seorang doktor perubatan di salah sebuah hospital yang agak sibuk di Melbourne, kemahiran  menyusun masa mengikut prioriti, kemahiran komunikasi, mengawal tekanan dan konflik dengan rakan sekerja, stamina untuk kekal cergas, dan sifat kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam kumpulan banyak dibentuk sepanjang keterlibatan saya dalam program-program umum ISMA Victoria.

Dan semestinya, saya tidak perlu risau resume saya kosong tanpa sebarang aktiviti-aktiviti social dan non-academic, kerana cukuplah dengan aktiviti-aktiviti ISMA Victoria sepanjang tahun, sudah memberi gambaran yang positif kepada penemuduga, bahawa graduan di hadapan anda bukan seorang ‘ulat buku’ atau ‘graduan biasa’.

Di situlah keunikan AktivISMA, salah satu Biro yang akan dilancarkan tidak lama lagi untuk membuka lebih ruang untuk para mahasiswa untuk mengembangkan potensi diri mereka. Dalam keseronokan kita meneroka nilai-nilai barat yang ada di Australia, ISMA Victoria komited dalam usahanya meningkatkan jatidiri islami dalam bakal-bakal graduan yang menjadi harapan negara ini. Mungkin anda belum bersedia menjadi seorang ahli, namun dengan pelancaran AktivISMA anda tetap boleh memberi sumbangan mengikut kapasiti dan minat. Menghadiri program-program ISMA tidak bermakna anda secara tidak sedar ‘dipaksa’ menjadi ahli ISMA . Sertailah program-program ini dengan niat untuk mendapat manfaat, dan saya yakin anda akan memperolehinya. Untuk menyertai program-program ISMA, tidak beerti anda perlu terikat dengan usrah dan program-program tazkirah. Islam ini luas, ISMA bukan sekadar menganjurkan program-program duduk dan dengar, ia juga turut tampil dalam Road Trip, Melbond, Camping, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti luar.

Spring Camp di Upper Yarra

Pendek kata, masa yang ada di Melbourne ini adalah sangat singkat. Pastikan anda menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Rasailah kemanisan ukhuwwah, keindahan Islam agama yang satu-satunya diredhai Allah dan keseronokan apabila setiap aktiviti yang kita lakukan menjadi ibadah kerana boleh diniatkan kerana Allah Taa’la dan mengikut syariat Islam. Terima kasih ISMA Victoria yang telah menjadi platform saya untuk berbakti kepada masyarakat minoriti masyarakat Melayu dan pelajar-prelajar Malaysisa di Melbourne ini. Walapun saya bekerja di luar negara bukanlah satu alasan amanah untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia itu terlepas dari saya. Semoga Allah menerima segala amal dan saya mampu menerusknnya di Malaysia kelak.

 

Catatan pengalaman,

Dr Baiyah Mohamed Bakrim

(MBBS, Monash University 2004-2008)

Mantan Ketua Wanita ISMA Australia 2010/2011

 

Feb 17, 2012 - Husband & Wife    No Comments

OUR BUNDLE OF JOY

When my wife was giving birth to Ameerul (our first born child), two things came to mind:

  1. I have a great mother. Bearing this type pain to deliver me (and my other siblings) into this world. Besides the fact that she also carried me around for 9 months and bringing me up to become a muslim.
  2. I have a wonderful wife. Smiling at me in between contractions to show that she can make it through and finally going through the pain of delivery as Ameerul was born.

I have seen several births during my O&G rotation as a medical student. Some normal, some more complex. But becoming part of the big picture and not just some wallflower observing from the corner has changed my whole perspective on birth. My observations:

  1. How great Allah’s powers are to create a being that when born, has parents who adore him and would protect him no matter what.
  2. How great Allah’s powers are to create a being that will be able to grow, think and act by just giving him food and sleep (with a bit of guidance and rizq from Allah).
  3. How is it that there are still people who deny of Allah’s existence when they see children being born everyday?

I admit that tears arrived at the first sight of Ameerul. Tears of relief that my wife’s ordeal was coming to an end and relief that Ameerul came out unscathed. Relief and grateful intertwined. A big tawakkal test for us.

People have been asking why name Ameerul as such? Ok, I admit it’s pretty long. Adding fuel to fire is that he also has to carry my name as a surname, making his full name Ameerul Muttaqeen Mohd Afzal. Double the E’s and double the T. It’s in Arabic (obviously) and breaking it up, Ameer-ul-Muttaqeen. Ameer – Leader/Head of (malay: Ketua).. and al-Muttaqeen – God-fearing people (malay: orang yang bertakwa). Combining that – Leader of the God Fearing People (malay: Ketua orang-orang yang bertakwa).

A few months back, when we were deciding on a name, we came across these words by Khalifah Umar (in Malay):

Khalifah Umar menyatakan bahawa: “Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia. Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran.”

Thus began our quest to search for a good name for our son. We wanted a name that was a du’a (supplication). Every time anybody called out his name, they would be making du’a for him. We also wanted his name to reflect our hopes for him. We had already settled on a family name – Muttaqeen. Sort of like a suffix after our children’s name.

We initially weighed between the names of the prophets and names of the sahabah. But we wanted something that would go nicely with Muttaqeen in meaning. Then the name Ameer came to mind. We thought, “Hey, this is our hope. For him to be a leader.. and not just any leader, a leader to God-fearing people. He would also be a big brother (biiznillah). That would go just nice.” Thus, Ameerul Muttaqeen became our final choice. This was a week before he was born (calculating that means 3 weeks before his official due date). Thank God. Alhamdulillah.

Abu, Ummu and Ameerul Muttaqeen

There you go. We hope that someday, Ameerul would become what we hope for him to be. But hope is not enough. The third right of a father to his son, is to teach him al-Quran. Then comes our laborious (but worthwhile) task as his parents to teach him well, and become a qudwah for him to strive to become Ameer of the Muttaqeen. As I finish this entry, Ameerul is 22 days old. He sure is a bundle of joy.

Abu Muttaqeen~

Feb 4, 2012 - The Wife    No Comments

DI SEBALIK KELAHIRANMU.. CATATAN BUAT AMEERUL MUTTAQEEN.

Dedikasi buat mujahid kecilku… Ameerul Muttaqeen..

Anak.. satu anugerah, satu amanah. Alhamdulillah.

25 Januari 2012.

Hari ini badan Ummi terasa penat dan lesu. Mungkin kerana semalam, Ummi terlalu aktif, dua kali pergi balik Tullamarine Airport, untuk menghantar dua org Acik yang Ummi sangat sayang, Acik Zihan di sebelah pagi, dan Acik Azeem di sebelah petang. Ditakdirkan mereka tidak sempat melihat Ameerul di OZ, mereka pulang ke Malaysia (back for good – BFG) dua hari sebelum kelahiran Ameerul. Ummi baring sahaja seharian. Dalam keadaan fizikal yang lemah itu, emosi Ummi turut teruji. Menanti kelahiran anak pertama, tanpa kehadiran orang tua yang lebih berpengalaman untuk menunjuk ajar secara langsung, tidak dinafikan sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan di hati Ummi. ‘Apa nak buat kalau Ameerul menangis sepanjang malam? Apa nak buat kalau Ummi tidak pandai menyusu Ameerul? Boleh ke Ummi ‘coping’ dengan peranan yang baru? Pelbagai persoalan. Dalam kerisauan Ummi, Ummi bertemu penawarnya. Membaca terjemahan ayat-ayat Al Quran yang Ummi baca, cukup memberi peringatan, dan kekuatan. Bekalan Ummi untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan lebih positif. Allah Sebaik-baik Penolong. Ummi semadikan sebagai status FB Ummi untuk hari itu… Apabila pergantungan kita kepada manusia semakin kurang, saat itulah pergantungan kita kepada Allah akan bertambah.

26 Januari 2012.

Jam menunjukkan 8.30 pagi. Perut Ummi memulas, petanda perlu ke tandas dengan segera. Sakit perut Ummi datang dan pergi. Setelah 10 saat, sakit itu akan hilang, dan datang kembali 3-4 minit selepas itu. Sakitnya di bahagian bawah perut, membuatkan seluruh perut Ummi tegang, dan terasa memulas seperti perlu ke tandas, tapi ternyata itu bukan penyelesaiannya. Selepas lebih lima kali mengalami sakit yang sama, hati Ummi terdetik.

“Macam mana sebenarnya sakit nak bersalin tu?”

Memang Ummi dah tengok berpuluh proses kelahiran, tapi hakikatnya Ummi sendiri belum pernah mengalami sakit bersalin. Ummi menghubungi Acik Muna, untuk pastikan adakah sakit perut Ummi ini tanda-tanda awal “masanya telah tiba”. Hari ini Ameerul baru 37 minggu 6 hari. Acik Muna minta Ummi tunggu dan lihat. Sekiranya sakit bertambah kerap dan kuat, mungkin Ummi dalam peringkat awal ‘labour’.

10.30am

Ummi sedikit lega apabila Abi balik dari kerja. Abi lihat muka Ummi berkerut-kerut menahan sakit. Abi tenang-tenang sahaja, sempat lagi masakkan Ummi roti telur scramble, kerana Ummi masih belum makan dari pagi. Sakit perut Ummi semakin kuat, tapi masih dalam tempoh 10 saat dan mampu dikawal. Ummi cuba mencari posisi yang terbaik untuk mengurangkan rasa sakit. Ummi ke tandas lagi, dan kali ini Ummi dapat lihat ‘fresh vaginal bleeding’. Hati Ummi semakin yakin, “masanya memang telah tiba”. Ummi segera mencapai telefon, menghubungi bidan (midwife) di Royal Womens Hospital. Midwife menasihati Ummi untuk datang ke Emergency Department untuk pemeriksaan untuk memastikan Ummi tidak mengalami antepartum hemorrhage (pendarahan sebelum bersalin). Darah yang Ummi lihat itu boleh jadi hanyalah ‘show’ yang biasa dialami oleh ibu-ibu menghampiri detik bersalin.

12.30pm

Ummi dan Abi ke Royal Womens Hospital. Ummi sudah tidak senang duduk di ruang menunggu. Sakit perut Ummi semakin kerap dan kuat. Mujur Ummi tidak perlu menunggu lama sebelum dipanggil ke bilik pemeriksaan. Midwife yang memeriksa Ummi mengesahkan Ummi dalam proses awal labour. Ummi dihantar ke  Labour Room.  CTG dipasang di sekeliling perut Ummi dan dapat dilihat dari graf yang dihasilkan regular contraction dan denyutan jantung Ameerul yang aktif. Ketika itu, Ummi menahan sakit mengaplikasikan teknik pernafasan yang Ummi belajar dari bacaan Ummi. Kerana kesibukan kerja, Ummi sebenarnya tidak sempat untuk menghadiri mana-mana kelas antenatal. Ditambah dengan cuti Krismas, dan tahun baru, tidak banyak kelas yang diadakan sepanjang Disember dan Januari. Justeru, Ummi banyak belajar dari buku-buku Birth Pain Management. Alhamdulillah, ilmu-ilmu tersebut sangat membantu untuk Ummi melihat sakit bersalin sebagai healthy pain, dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengalih perhatian daripada sakit kepada fokus-fokus yang lain. Setiap contraction perlu dikuasai dengan baik, kerana ia membantu proses vaginal dilatation. Sekejap Ummi berdiri, sekejap Ummi berbaring di atas katil, yang paling Ummi selesa adalah duduk di atas bola besar, berpaut di hujung katil, dan tangan menggenggam stress ball. Ummi menunaikan solat Zuhur juga dalam keadaan itu. Pada waktu itu, sakit Ummi datang setiap dua-tiga minit tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan hampir lima minit pain free sewaktu Ummi solat, dan sejurus memberi salam, sakit datang kembali.

3.30pm

Ummi semakin penat mengharungi satu demi satu sakit contraction yang datang. Setiap kali contraction, Ummi akan pegang tangan Abi, Abi akan bersama-sama Ummi membaca doa Nabi Yunus, dan Abi akan bimbing Ummi untuk bernafas seiring dengan contraction. Tiba masa untuk vaginal examination yang pertama. Alhamdulillah, setelah hampir empat jam Ummi mengalami regular contraction, Ummi sudah hampir 7cm dilated. Maksudnya Ameerul sudah hampir dilahirkan! Hanya perlu 3cm lagi untuk fully dilated. Ummi dan Abi terasa sedikit lega, mengharapkan proses ini segera berakhir dengan selamat. Sampai saat ini, baru kami sedar, kami masih belum berkesempatan memberitahu sesiapa yang Ummi sudah berada di Labour Ward. Abi mencuri-curi menaip email dan sms dari tadi, tapi tidak sempat-sempat untuk menghantarnya, kerana fokusnya untuk membantu menenangkan Ummi yang kesakitan. Tenaga Ummi semakin kurang ,dan Ummi mula berfikir untuk meminta ubat penahan sakit. Ummi minta diberikan gas penahan sakit, supaya Ummi boleh menyimpan sedikit tenaga untuk proses active pushing nanti. Nitrous Oxide adalah ubat penahan sakit yang selamat, dan agak berkesan untuk mengurangkan sakit ketika bersalin. Tapi kesan sampingannya adalah loya dan muntah. Walaupun Ummi muntah setiap kali mennyedutnya, Ummi teruskan juga menggunakan gas ini kerana Ummi dapat rasakan sakit yang sedikit berkurangan dan sekurang-kurangnya Ummi tidak terlalu penat untuk fasa yang lebih memerlukan tenaga Ummi kelak.

5.00pm

Ummi merasakan pressure yang lebih kuat untuk Ummi mulakan proses active pushing. Midwife juga mencadangkan untuk Ummi mula push. Untuk melakukan active pushing yang lebih efektif, Ummi sudah tidak boleh mengambil gas penahan sakit supaya Ummi fully awake dan in control. Ketika itu, Ummi dapat rasakan kepala Ameerul sudah sangat hampir untuk dikeluarkan, tapi kerana selaput amniotic fluid masih belum pecah, kepala Ameerul masih belum boleh ditolak keluar. Tugas Ummi adalah untuk memecahkan selaput air ketuban yang sudah kelihatan itu. Ketika itu, barulah Ummi faham sakitnya bersalin itu memang hanya boleh dirasai bagi yang mengalami. Ada juga perasaan rasa tidak mampu menanggungnya, namun kata-kata semangat Abi dan midwife sedikit sebanyak menguatkan Ummi. Terkenang juga wanita unggul, Maryam yang mengharungi detik-detik cemas ini keseorangan, namun kebergantungan yang tidak berbelah bagi kepada pertolongan Allah membolehkan perkara yang dirasakan begitu sukar. Ummi kembali mendapat semangat juang untuk meneruskan jihad kecil Ummi ini.

5.30pm

Alhamdulillah, akhirnya air ketuban Ummi pecah juga. Ummi semakin bersemangat untuk menyelesaikan misi melahirkan Ameerul sesegera mungkin. Sakit yang tidak terhingga itu membuatkan Ummi menggunakan sepenuh tenaga untuk menolak kepala Ameerul keluar, agar segalanya segera berakhir. Ummi dapat lihat kepala Ameerul dilahirkan, diikuti bahu dan seluruh badan tepat jam 5.57 petang. Ameerul langsung diletakkan di atas dada Ummi, Ummi pegang, Ummi cium dan Ummi peluk… Subhanallah, Alhamdulillah, mujahid Ummi selamat dilahirkan  dan hanya Allah yang tahu betapa Ummi dan Abi sangat-sangat bersyukur dengan pengalaman yang sangat berharga ini.

5.57pm

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Ameerul Muttaqeen bin Mohd Afzal selamat dilahirkan di Labour Room One, Royal Womens Hospital, pada 26 Januari 2012, seberat 2.95kg.

Namamu, Ameerul Muttaqeen dipilih, bukan sekadar satu doa agar dirimu membesar menjadi ‘Pemimpin Orang-orang yang Bertaqwa’, malah merupakan satu peringatan dan motivasi yang berterusan buat Ummi dan Abi, bahawa sehebat namamu, dibahu Ummi dan Abilah tanggungjawab untuk mendidikmu menjadi seorang yang bertaqwa, dan mampu memimpin yang lain. Semoga Allah merahmati dan memberkati kelahiranmu dengan menjadikan Ummi dan Abi hamba yang lebih banyak bersyukur, menginsafi khilaf diri dan berusaha sebaik mungkin menunaikan amanah menjadi pelukis kepada kanvas putih yang suci murni ini.

Ameerul Muttaqeen dengan imej baru.

Jazakumullah khair kathiran kepada semua ahli keluarga yang sentiasa mengirimkan doa dari jauh, memberikan panduan dan nasihat berguna untuk period berpantang. Untuk Mak, Bapak, Mama dan Ayah, terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus, membekali anakmu dengan nasihat-nasihat dari lautan pengalaman yang sangat luas.

Kepada semua sahabat seangkatan, yang seperti keluarga sendiri tidak henti datang ziarah, memasakkkan untuk kami sekeluarga dan sentiasa bersedia untuk membantu. Kehadiran kalian banyak memudahkan, dan menenangkan. Hanya Allah sebaik-baik Pemberi Ganjaran. Berpantang di luar negara, dalam keadaan tiada orang tua yang menemani insyaAllah menjadi jauh lebih mudah dengan support system yang kuat ini.

Alhamdulillah, inilah rahmat ukhuwwah..

 

Jan 17, 2012 - The Wife    No Comments

MENGHITUNG HARI…

Alhamdulillah, hari ini genap 36 minggu 4 hari usia saya ditemankan Mujahid kecil yang semakin aktif di dalam rahim Umminya. Hari untuk Mujahid lahir ke dunia semakin hampir, dan walaupun telah puluhan proses kelahiran saya saksikan, tidak dapat dinafikan tetap ada perasaan berdebar-debar menanti hari-hari yang penting itu. Pasti jauh bezanya melihat dan merasai sendiri pengalaman melahirkan seorang anak yang selama ini dikendong ke sana ke mari setiap masa.

Pengalaman menjadi fasi Program Tarbiyatul Aulad baru-baru tadi, menyedarkan saya tentang satu lagi realiti. Sakit ketika bersalin, ada ubat penahan sakit untuk mengurangkannya. Kebanyakan Ibu-Ibu sebenarnya mampu mengharunginya. Namun, tanggungjawab mendidik anak, melakar kanvas putih yang suci itu dengan warna Islam yang betul itu jauh lebih sukar dan mendebarkan saya. Kita bertarung dengan terlalu banyak warna-warna yang lain, dan apakah jaminan yang kanvas putih yang telah dilakar cantik dengan warna Islam itu tidak akan dicemari oleh warna-warna lain yang tidak kurang hebatnya. Dan sudah bersediakah saya untuk menjadi pelukis kanvas putih yang bakal berada di hadapan mata saya tidak lama lagi.

Bersemangat di dalam aktiviti bengkel (4-7 tahun)

Wajah-wajah mereka sangat comel dengan pakaian muslim dan muslimah. Hati mereka sangat tulus dengan jawapan-jawapan yang ikhlas dan berterus terang. Apakah nasib masa depan mereka sekiranya generasi dewasa hari ini tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Islam, mengembalikan kegemilangan Islam? Apakah nasib masa depan mereka sekiranya mereka tidak dibina menjadi sekukuh akar tunjang, yang walaupun angin jahiliyyah bertiup kencang, akan terus menggenggam erat tali Allah?

Tekun mendengar 'presentation' Ustaz Burhan

Alhamdulillah, saya bersyukur dipertemukan dengan tarbiyyah dan dakwah ini. Tarbiyyah menemukan saya dengan para ibu bapa yang lebih dahulu memegang amanah ini dari saya yang sentiasa bermujahadah mendidik anak-anak mereka mengikut acuan Islam yang sebenar. Mereka ini saya ambil sebagai qudwah, bahawa misi besar ini adalah possible sekiranya ada kemahuan dan usaha yang istiqamah. Dan dakwah telah menyebabkan saya  menyedari hakikat, anak adalah amanah yang paling besar. Apalah guna sibuk berdakwah kepada orang lain, sekiranya anak sendiri tidak menjadi Muslim dan Mukmin yang diharapkan. Menjadikan saya lebih serius dalam menyediakan diri untuk tanggungjawab yang besar ini.

Didiklah ana mengikut zamannya ( Bengkel 7-11 tahun)

Ya Allah, semoga Kau terus memberi kekuatan kepada semua Ibu Bapa yang benar-benar beriltizam untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai bekal apabila kami meninggal dunia kelak. Semoga kami terus berusaha untuk mendidik  anak-anak ini agar menjadi  soleh dan solehah, muslih dan muslihah tanpa mengenal erti jemu dan putus asa.

Jati diri Muslimah tetap terserlah (Bengkel 12 tahun ke atas)

Hakikatnya, kita hanyalah berusaha, Allah jua yang menentukan natijahnya.

P/s : Gambar-gambar adalah sekitar Program Tarbiyatul Aulad anjuran SEF (South Estern Family) dan Biro Wanita dan Keluarga ISMA Victoria di Beddoe Mosque Clayton.

 

Jan 16, 2012 - Husband & Wife    No Comments

BUAT ADIK-ADIKKU…PENGALAMAN ADALAH GURU PALING BERHARGA. (Siri 1)

Penulis adalah seorang doktor perubatan yang bekerja di Australia setelah menamatkan pengajiannya di Monash Univerity pada tahun 2008. InsyaAllah akan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di tanah akhir Mac ini. Berhasrat memanfaatkan cuti bersalinnya untuk membantu adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke Australia berbekalkan pengalaman lima tahun sebagai pelajar dan tiga tahun bekerja di Australia baik dari segi persediaan fizikal, mental, emosi dan kemahiran-kemahiran asas kehidupan untuk fasa transisi yang lebih baik setibanya di Australia nanti. 

Satu kelegaan yang tidak dapat dinafikan. Setelah siri-siri penapisan demi penapisan bermula di peringkat UPSR, PMR, SPM, peperiksaan  di kolej persediaan serta temuduga kemasukan ke universiti yang mendebarkan, akhirnya cita-cita untuk menuntut di luar negara hampir menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar-pelajar pelbagai jurusan yang bakal terbang ke Bumi Australia untuk menyambung pengajian di universiti-universiti terbaik di sini. Setelah segala usaha yang tidak kenal erti jemu, anda layak untuk berasa bangga di atas kejayaan ini. Dan pastinya perasaan gembira turut dikongsi oleh ibu bapa dan ahli keluarga tercinta. Namun, tidak dapat dinafikan pasti banyak persoalan yang bersarang di minda menjelang tarikh penerbangan ke bumi Australia yang selama ini mungkin hanya dikenali melalui paparan-paparan gambar, movie dan dokumentari serta cerita-cerita rakan-rakan mahupun seniors yang pernah belajar di sini. Semoga perkongsian dari akak dapat membantu adik-adik semua untuk hijrah demi mengejar cita-cita anda seterusnya, menggenggam segulung ijazah dan menjadi modal insan yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Penulis bersama ibu dan ayah mertua di hari graduasi suami, Dr Mohd Afzal bin Alias.

‘HIJRAH’ YANG BAKAL MENGUBAH.

Di sebalik kegembiraan ramai juga yang dibelenggu rasa kebimbangan. Perkara pertama yang sering difikirkan adalah sekitar keperluan asas seperti mencari rumah sewa dan mendapatkan makanan halal. Akak teringat sewaktu menghadiri Program Semai Mesra Disember 2003, kakak-kakak seniors sentiasa cuba meyakinkan kami pelajar-pelajar baru bahawa makanan halal agak mudah diperolehi di sini. Tapi hakikatnya, selagi tidak sampai ke Australia anda mungkin tidak terbayang bahawa anda tidak perlu menukar selera anda kepada western food kerana dengan mudahnya anda boleh membeli makanan Melayu yang halal, atau memasak sendiri masakan Melayu kerana Australia secara amnya adalah negara yang sudah terdedah dengan kepelbagaian bangsa dan budaya termasuk masyarakat Melayu dan Indonesia. Justeru, bahan-bahan mentah yang sinonim dengan masakan Melayu sangat mudah untuk diperolehi. Jangan terkejut melihat cencaluk, serai dan budu di kedai Asian Groceries yang berhampiran.

Hong Kong Shop Clayton, Melbourne.

Pastinya pencarian rumah sewa akan menjadi pengalaman baru buat majoriti pelajar baru. Dari proses memilih housemates kepada proses memilih rumah, permohonan rumah sewa yang ingin disewa, persaingan dengan pelajar-pelajar baru yang lain, dan berurusan dengan Agent Rumah Sewa yang pelbagai karenah boleh menjadi agak merumitkan bagi yang kali pertama mengalaminya. Di sinilah peranan kakak-kakak dan abang-abang seniors sangat berguna. Menariknya  belajar di luar negara, hubungan seniors dan juniors yang seolah-olah satu keluarga besar. Tradisi membantu pelajar-pelajar baru untuk settle down diwarisi sejak saya pertama kali menjejak kali ke bumi Australia lapan tahun lalu. Satu senario yang mungkin tidak terlalu dirasai di universiti-universiti tempatan. Malah kadang kala pelajar juniors dihantui pengalaman ‘buli’ oleh pelajar seniors. Di luar negara, lantaran bilangan kita yang mungkin sedikit hubungan menjadi lebih rapat dan bersifat kekeluargaan. Adik-adik boleh manfaatkan forum-forum soal jawab yang disediakan seperti Facebook Program Semai Mesra untuk terus bertanya seniors tip-tip penting sebagai persediaan sebelum berangkat.

Setelah mendapat rumah, bermulalah episod memindah barang, membeli alat keperluan asas, menguruskan internet, elektrik, gas dan air. Inilah erti berdikari yang sebenar. Sebelum ini mungkin segalanya telah tersedia bagi yang tinggal di rumah mahupun asrama kolej-kolej persediaan. Kita akan membuat jadual untuk bergilir-gilir memasak untuk seisi rumah. Dari hanya tahu menggoreng telur, insyaAllah kemahiran memasak akan terus diperbaiki hari demi hari. Mana tidaknya, masakan mulut kita mampu untuk makan menu yang sama setiap hari. Elok juga belajar beberapa resepi yang mudah dari ibu masing-masing sekarang sebagai permulaan. Jangan risau sekiranya kemahiran memasak anda tidak sejauh mana, kerana desakan perut dan mulut akan menjadikan anda berani mencuba resepi baru dan belajar untuk meningkatkan kepandaian memasak di dapur. Mengapa tidak beli sahaja makanan di luar? Di Australia, sekiranya ingin berjimat, tiada pilihan melainkan masak sendiri. Kos bahan mentah jauh lebih murah berbanding membeli makanan di kedai-kedai makan setiap hari.

Realitinya hijrah anda ke bumi Australia akan mengubah diri anda, kalaupun tidak banyak, sedikit demi sedikit. Hijrah ini akan mengajar erti kedewasaan dengan menjadi seorang yang lebih berdikari. Jadi adik-adik, jangan risaukan apa yang anda tidak tahu sekarang. Yang paling penting kesediaan untuk belajar, dan bijak memanfaatkan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak seniors untuk memastikan permulaan yang tidak terlalu sukar. Yang paling penting, pastikan perubahan yang berlaku perlu ke arah yang lebih positif seperti hadith berikut :

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.

Akak akan sambung lagi entry dengan sub topic yang lain pula. Nantikan entry seterusnya! Kalau adik-adik perlukan akak menulis tentang apa jua isu yang dirasakan perlu untuk persediaan melangkah kaki ke bumi Australia, boleh email kepada akak secara terus di baiebakrim@gmail.com.

Jan 13, 2012 - The Husband    No Comments

MENCARI SESUAP NASI

Selepas sekian lama bergelar pelajar tajaan dan menerima elaun bulanan, saya kini bekerja (baru sahaja tamat belajar) untuk menyara kehidupan saya dan isteri. Bekerja pun sekadar menanti hendak pulang ke tanahair tercinta. Kerja pilihan: Assistant Cook di kedai makan Esteler77. Bagi yang tinggal di Melbourne (atau mereka-mereka yang pernah menjejak kaki di Melbourne) pasti mengenalinya sebagai restoran Indonesia yang terkenal dengan rasa monosodiumnya. Juadah tersohor – Nasi Uduk (ala-ala nasi lemak + nasi ayam kita) dan Es Teler (blended ice + nangka + kelapa + avocado). Walaupun tidak digemari sang isteri, kedai makan ini antara tempat kegemaran saya (dikala ada duit) untuk datang menjamu selera.

Cawangan Carlton, tempat saya bekerja

Kerja saya – datang seawal 6 pagi untuk menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan oleh Main Cook sepanjang hari tersebut. Tak susah mana. Apatah lagi, saya hanya perlu bekerja sehingga jam 10 atau 11 pagi. Antara tugasan saya – merebus ayam, menyediakan sup ayam, memasak sos balado (sos berlada), menggoreng sos goreng-goreng, menumis ayam untuk mie ayam, menanak nasi dan tugasan-tugasan lain di dapur. Kiranya, bila Cook masuk kerja, dia boleh terus beraksi. Dan sebelum kedai buka lagi (buka jam 11), saya akan pulang ke rumah.

Selain rahsia masakannya (bukan rahsia sangat pun), pemerhatian saya pada budaya kerja dan sikap pekerjanya cukup membina saya. Antara pemerhatian saya yang ingin saya kongsikan bersama:

  1. Semua pekerja seolah-olah pemilik kedai – setiap pekerja, terutama pekerja tetapnya, punya visi dan misi yang jelas dan sama seperti tuan punya kedai. Tak kira Cook ataupun Kitchen Staff, masing-masing akan cuba membantu yang lain supaya perjalanan kedai tidak terjejas. Seringkali saya lihat Cook membasuh pinggan dan Kitchen Staff pula membantu Cook menggoreng makanan.
  2. Bersungguh-sungguh bekerja – Boss kami selalunya bekerja bersama kami. Tapi walaupun Boss tiada, kesungguhan pekerja tidak terjejas, tidak pernah kelihatan mereka mencuri tulang ataupun bersembang kosong tidak bekerja.
  3. Jujur – makanan ada dihadapan mata, minuman banyak di dalam peti, tetapi tidak pernah saya lihat pekerjanya mengambil kesempatan dan makan minum hak kedai. Samada mereka meminum air yang dibawa dari rumah, ataupun mereka akan membelinya sepertimana pelanggan lain. Makanan tengahhari dan malam untuk pekerja pun, Boss yang paksa ambil. Ini mungkin qudwah yang ditunjukkan oleh Boss besar (Boss di kedai kami Boss kecil). Dia jarang datang. Tetapi sekali sekala yang dia hadir, dia akan mengambil setin ‘V’ dan meletakkan duit syilling AUD2.80 di dalam cashier.
  4. Suasana kekeluargaanBoss kami berasal dari Burma, kebanyakan Cook berasal dari Nepal, Kitchen Staff pula majoriti Cina Indonesia, dan saya, dari Malaysia. Bahasa komunikasi – Bahasa Inggeris. Pun begitu, Boss begitu ramah (walaupun dengan vocabulary yang sangat limited), Cook tidak lokek ilmu dan pandai mendidik dan staff lain rajin bantu membantu.
Saya pun sering bertanya kepada diri, adakah saya sebegitu dalam organisasi? Adakah saya berfikir seperti seorang pengerusi? Bersungguh-sunnguh tak bila bekerja? Bagaimana dengan kejujuran saya? Dan bagaimana dengan ukhuwwah islamiah yang dibina dengan sahabat-sahabat yang sepatutnya lebih kuat dari ikatan kekeluargaan?
Apabila masing-masing bekerja sebegini, alangkah harmoninya sesebuah organisasi itu…
Jan 11, 2012 - The Wife    1 Comment

AKU SEORANG DOKTOR

Dedikasi buat adik-adik pelajar perubatan dan sahabat-sahabat seperjuangan di bidang ini..

24 Disember 2011: Sunshine Hospital, Melbourne.

Tepat jam 6.00 petang aku selesai menunaikan solat Asar di Bilik Persalinan Lampin Bayi bersebelahan wad tempatku bekerja sekarang -  Geriatric Evaluation and Management Ward (Wad Orang-Orang Tua). Aku merenung stetoskop berwarna maroon yang kuletak di atas sofa berhampiran.

Sedar tidak sedar, sudah hampir tiga tahun aku bekerja sebagai seorang doktor. Dan hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum cuti tahunanku bermula esok, disambung cuti bersalin. Bayiku dijangka akan lahir pada 10 Februari 2012. Perancangannya, aku akan bercuti sehingga  mujahid kecilku sekurang-kurangnya berusia enam bulan sebelum kembali semula ke alam kerjaya. Pastinya lapan bulan akan datang, rutin hidupku akan berubah, dan stetoskop itu tidak akan lagi bergantung di bahuku seperti hari-hari yang lalu.

Bersama Konsultan Robynne dan Toby di Wad

1998: Surau An Nur, Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

Hari ini Kelas Agama seperti biasa diadakan di Surau An Nur. Ustaz Mustapha memang gemar mengadakan sesi pengajiannya di surau sekolah berbanding di dalam kelas. Hari itu Ustaz membuka kelas kami dengan satu kisah dan harapan.

“Ustaz dulu, berkahwin dengan isteri yang tak pakai tudung. Lepas kahwin, Ustaz didik sampai Alhamdulillah pakai tudung labuh. Bila nk bersalin Ustaz pakaikan elok-elok tutup aurat pegi hospital. Bila sampai hospital, bukan setakat doktor lelaki, malah doktor lelaki India yang sambut anak Ustaz. Takde Bismillah, takde Hamdalah..

Kamu semua ni, semua cerdik pandai, ada kemampuan untuk kerja elok-elok bila besar nanti. Siapa yang boleh jadi doktor, kena betul-betul bekerja untuk umat Islam. Jadilah Pakar Sakit Puan kalau boleh. Siapa lagi kita nak harapkan, kalau bukan di kalangan kamu-kamu ni, budak-budak TKC.”

Hati kecilku tersentuh dengan kisah Ustaz pada tengah hari itu. Secara jujur cita-citaku sejak kecil adalah untuk menjadi guru. Aku agak skeptical dengan kebanyakan rakan-rakanku yang rata-rata mengambil doktor sebagai cita-cita.

“Mesti saje nak ada cita-cita yang nampak smart.”

Tapi hari itu, Ustaz Mustapha telah menyedarkanku satu hakikat, ada niat yang lebih baik di sebalik kerjaya seorang doktor. Untuk memenuhi keperluan umat Islam, dan untuk berbakti kepada umat Islam. Maka sejak hari itu, terbitlah satu cita-cita dalam hatiku – untuk menggapai impian menjadi seorang doktor demi maslahah umat ini.

 

Oktober 2011: Sunshine Hospital, Bilik Pembedahan 6.

Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Pesakit terakhir untuk elective caesarean masih belum selesai dibius oleh Anesthetist. Beberapa percubaan tidak berjaya.

Mustahil boleh siap caesarean pukul 5 petang ni. Sepatutnya HMO (Hospital Medical Office) lain yang perlu sambung, tapi HMO yang sepatutnya menggantikanku dari awal-awal meminta aku selesaikan theater list petang itu kerana dia kurang sihat. Registrarku juga memintaku untuk membantunya menyelesaikan caesarean terakhir kami pada petang itu.

Pasti habis pukul 6 lebih petang ni. Dan hari ini suamiku yang menjemputku dari hospital. Alamatnya dia kena tunggulah. Nak sms minta ambil lewat pun sudah tidak sempat, pasti sudah dalam perjalanan ke hospital untuk mengambilku. Aku hanya mampu bermonolog di dalam hati.

Selesai caesarean, aku bergegas menyiapkan beberapa paperwork untuk dokumentasi pembedahan yang kulakukan sebentar tadi. Sejurus selesai, aku disapa oleh seorang jururawat memintaku menulis drug chart untuk pesakit yang baru masuk ke bilik bersalin.

“The other doctor is busy with other patient, and this patient really needs something for her pain.”

Aku tidak dapat menyembunyikan wajahku yang keletihan dan perasaanku yang kurang senang. Jam telah menunjukkan 7 petang. Tapi tidak sampai hati untuk mengecewakan jururawat ini, kutulis juga beberapa ubat penahan sakit untuk pesakit itu. Akhirnya hampir 7.30 petang aku tiba di kereta. Rasa bersalah, ditambah penat, lapar, tensi dan pelbagai lagi perasaan yang akhirnya aku tidak menahan air mataku bercucuran.

“Sorry abang, kena tunggu lama. Elective caeser kena postpone sebab emergency ceasar. Pastu Erine tak sihat pulak, so kena cover dia buat after hours caeser.”

Suamiku yang telah menunggu dua jam di dalam kereta, hanya tersenyum.

“Takpelah, hari ni Nor dah tolong banyak nyawa, si ibu dan si anak . Tolong kawan nor jgak coverkan dia sebab dia tak sihat. Pahala kan.”

Hatiku seolah-olah disirami air yang menyejukkan. Ditiup angin yang mendamaikan. Kadang kala SABAR adalah kunci penyelesaian, terutama dalam situasi yang sememangnya tidak banyak yang boleh diubah keadaannya. Dunia hospital memang dipenuhi seribu satu unexpected things that you need to encounter.

Mengingatkanku akan niat pertama mengapa aku ingin menjadi seorang doktor 13 tahun lalu. Profession ini adalah untuk jiwa-jiwa yang sedia untuk memberi, tidak berkira untuk berbakti dan perlu memahami bahawa pekerjaan ini menuntut pengorbanan tanpa henti dengan ikhlas dan lapang hati. Sekiranya tidak, maka menjadi debulah segala penat lelah dan usaha. Dan akan meranalah jiwa kerana hakikatnya realiti kerjaya ini bukan semudah yang disangka.

Bukan sekadar fizikal, hati juga perlu dirawat.

Buat adik-adik yang baru memulakan langkah menuju cita-cita yang suci murni; ingin menjadi seorang doktor perubatan, tekadkan niat yang lurus dari detik awal. Agar sebarang ujian, kesulitan mahupun cabaran yang akan dihadapi sepanjang pengajian dapat dihadapi dengan positif dan optimis. Jalinkanlah niat itu kepada mengharapkan keredhaan Allah dengan kerjaya yang mulia ini, agar kita tidak pernah putus dari mendapat kekuatan kerana Allah adalah sebaik-baik Penolong.

Buat para sahabat seperjuangan yang bakal melangkah ke alam kerjaya tidak lama lagi  mahupun yang telah bertahun di dalam bidang ini, marilah kita mentajdid (memperbaharui) niat kita, agar ia menjadi titik kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran alam kerjaya dan memastikan akhlak, peribadi dan bicara kita tidak dirosakkan hanya kerana tekanan kerja.

Akhir kalam, alangkah indah, sekiranya kita dapat menjadikan KERJAYA kita sebagai IBADAH. Kerana bukan sedikit masa dan tenaga yang kita luangkan di tempat kerja berbanding di rumah. Bukan sahaja untuk para doktor, malah apa jua kerjaya yang anda cita-citakan, mahupun yang anda lakukan sekarang.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 


		
					
Nov 1, 2011 - Husband & Wife    No Comments

INSPIRASI SITI HAJAR

DI SEBALIK PENGORBANAN AGUNG

Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam seluruh dunia berhari raya. Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan. Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini.

Secara peribadi, saya sangat mengkagumi kisah baitul muslim (keluarga islam) ini yang sering menjadi inspirasi saya dalam membina keluarga. Selain Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah, Nabi Ismail sebagai seorang anak, pastinya seorang lagi watak utama yang yang sangat saya hormati adalah Siti Hajar; Ibu kepada Nabi Ismail, Isteri kepada Nabi Ibrahim. Realitinya, tidak akan berlaku pengorbanan agung ini tanpa seorang wanita seteguh Siti Hajar. Beliau telah terlebih dahulu melakukan pengorbanan untuk memungkinkan berlakunya peritiwa besar yang terus menjadi simbol ketaatan seorang Hamba kepada Penciptanya yang kisah mereka diabadikan hingga ke hari ini.

Siti Hajar, wanita yang dikahwini oleh Nabi Ibrahim setelah sekian lama berkahwin dengan Siti Sarah dan tidak dikurniakan anak. Sejurus kelahiran Ismail, turun perintah Allah agar Ibrahim membawa Siti Hajar ke tanah Hijjaz. Ditinggalkan berdua dengan seorang anak yang masih kecil, di tanah gurun yang tandus lagi tidak berpenghuni, Siti Hajar redha dengan ketentuan Allah, mengetahui tindakan Ibrahim adalah atas perintah Allah Taa’la.

Siti Hajar,
Lambang keteguhan wanita muslimah
Peribadinya wajar dijadikan qudwah.
Lambang ketaaan seorang Hamba kepada Allah
Kesetiaan seorang isteri kepada suami
Kesabaran seorang Ibu mendidik anak yang Soleh.
Keyakinan seorang Muslimah dalam berpegang pada prinsip meski hebat diuji

Adakah mudah membesarkan seorang anak sebagai Ibu Tunggal, dalam masa yang sama berjaya memadamkan perasaan benci seorang anak kepada ayah kerana meninggalkan mereka tanpa perlindungan selain perlindungna Allah?. Adakah mudah untuk membuang perasaan sedih dan kecewa apabila berlaku sesuatu di luar keinginan kita, dan redha sepenuhnya kepada ketentuan Allah serta meletakkan penggantungan hanya kepada Allah?

Berkorban. Satu manifestasi keimanan yang sangat tinggi kedudukannya dalam diri seorang Mukmin. Hakikatnya, setiap insan pasti akan berkorban. Persoalannya adakah pengorbanan itu adalah bukti keimanan, atau pengorbanan yang menjurus kemungkaran dan maksiat kepada Allah Taa’la?

Tiada Jihad tanpa Pengorbanan

KORBAN NAFSU

Baru-baru ini, menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia, yang melibatkan perlawanan antara Negeri Sembilan dan Terengganu, riuh sebentar peminat bola sepak mendesak pihak FAM menurunkan harga tiket perlawanan dari harga RM50 kepada harga yang lebih rendah. Namun pihak FAM tetap meneruskan jualan tiket dengan harga yang agak mahal itu, dan ternyata peminat boleh sepak tetap sanggup berkorban apabila Stadium Shah Alam tetap penuh seperti biasa. Kerana minat dan semangat, pengorbanan material bukanlah penghalang. Stadium penuh dengan penyokong yang terpaksa menempuh perjalanan jauh datang dari negeri masing-masing.

Seminggu sebelum itu, satu perhimpunan dianjurkan oleh beberapa pihak NGO, di lokasi yang sama, Stadium Shah Alam. Pehimpunan Sejuta Umat, yang bermatlamat untuk menunjukkan solidariti masyarakat umat Islam Malaysia dalam menangani isu akidah yang semakin parah di Malaysia. Kes murtad yang semakin meningkat, dan cubaan demi cubaan golongan bukan Islam mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Perhimpunan ini adalah percuma, tiada tiket masuk yang dikenakan. Tiada pengorbanan material, namun menuntut pengorbanan nafsu, berkumpul demi satu isu yang mungkin bukan menjadi tumpuan arus kebanyakan. Sebahagian besar tempat duduk masih menunggu untuk dipenuhkan.

Tidak kira apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini, hakikatnya setiap perkara memerlukan pengorbanan. Demi mengejar nama di bidang sukan lumba motosikal, seorang penunggang Honda, Marco Simoncelli mati di atas trek perlumbaan. Demi mengejar ijazah, seorang pelajar berkorban berpisah dengan keluarga tersayang, gigih mengulangkaji pelajaran mengurangkan rehat, tidur dan makan. Demi kerjaya, seorang pekerja sanggup keluar awal pagi dan balik lewat malam.

Masakan demi mengejar syuga Allah yang Mulia itu, kita hanya mengharapkan amal kerdil yang tidak menuntut pengorbanan? Mengapa begitu sukar berkorban untuk amal kebaikan?

Lebih sukar mengajak seorang sahabat menghadiri majlis ilmu dan program-program berbentuk kebaikan berbanding mengajak mereka makan-makan dan jalan-jalan. Sedangkan makan-makan dan jalan-jalan juga menuntut kita mengeluarkan modal. Mengapa?

Kerana untuk melangkah setapak menuju kebaikan, adanya tarikan nafsu, bisikan syaitan dan kecenderungan peribadi yang perlu dilepaskan. Sedangkan, banyak ajakan-ajakan di luar sana yang selari dengan keinginan kita, lantas pengorbanan material bukanlah penghalang. Ternyata, mengorbankan al hawa’ adalah pertarungan yang jauh lebih sukar.

Belenggu utama umat islam hari ini adalah masalah dalam meletakkan prioriti amal. Bukanlah salah untuk meraikan diri sendiri dengan melakukan apa yang kita suka.  Namun, mengapa begitu sukar memberikan masa, tenaga, wang dan mengorbankan kecenderungan peribadi demi melakukan sesuatu yang kita yakini manfaatnya lebih besar untuk kehidupan akhirat, yang jauh lebih kekal. Semoga Hari Raya Qurban yang bakal kita sambut Ahad ini, bukan sekadar menjadi satu titik dalam calendar umat Islam, malah hakikat pengorbanan itu benar-benar kita hayati dan tegakkan di dalam diri.

Wahai pembaca budiman,
Korbankanlah nafsumu, kerana disitulah kemanisan iman.
Belajarlah berfikir untuk umat kerana itulah bukti keimanan
Tinggalkanlah keraguan dalam memilih jalan kebaikan.
Biasakanlah dengan kesusahan melawan pelbagai tarikan jahiliyyah
Berkobanlah, kerana itulah yang dituntut oleh agama Allah.

 

Oct 25, 2011 - The Wife    No Comments

BINTANG DI LANGIT.. MUTIARA DI LAUTAN

Ahad, 23 Oktober 2011.  Satu detik yang pasti menjadi kenangan bermakna buat saya. Setelah tujuh tahun, menjelang akhir tahun, saya pasti meraikan sahabat-sahabat mahupun seniors yang telah tamat belajar, dan akan pulang ke Malaysia (back for good) di dalam majlis perpisahan, kini tiba giliran saya pula yang diraikan.

Setakat perancangan hambaNya yang serba kerdil, InsyaAllah saya, suami dan juga bakal anak yang akan dilahirkan Februari akan datang, akan pulang ke tanah air March 2012.  Satu penghijrahan yang mengundang seribu satu perasaan. Ada masa saya gembira menggambarkan akan berada bersama keluarga tercinta setelah lapan tahun di perantauan, teruja untuk berhijrah ke medan amal yang baru yang sentiasa dahagakan tenaga muda…dan ada masa saya tidak dapat menafikan perasaan sedih untuk meninggalkan bumi Melbourne yang melakar begitu banyak noktah-noktah berharga buat saya.

Dan pastinya, yang paling berat untuk saya tinggalkan adalah sahabat-sahabat perjuangan, akhawat yang saya kasihi sepenuh hati.

Akhawat tersayang

Pada Malam Apresiasi itu, saya menerima sekeping warkah dari seorang sahabat yang kini telah berada di Malaysia. Ingin saya kongsikan pesanan sahabat saya ini yang begitu berharga buat saya menjelang detik-detik melangkah pulang ke Malaysia.

Warkah ini berbunyi…

Assalamualaikum wbt,
Khas buat akhawati di jalan Allah..
yang keteguhannya di jalan ini begitu mengagumkan,
sekalipun dugaan dunia begitu mengencarkan iman..
Alhamdulillah..alhamdulillah atas segala nikmat keimanan.
InsyaAllah, saat diri ini menulis, tinggal beberapa detik saja lagi sebelum berlakunya Perhimpunan Sejuta Umat..
seperti ada angin lembut yang bertiup dalam jiwa..
setelah beberapa ketika umat Islam di Malaysia saling bersengketa, mencaci nista,
akhirnya di perhimpunana ini kita akan seia sekata.
Sebenarnya.. berharap akhawati fillah juga di sini.

Akhawati,
selamat pulang ke Malaysia, ke medan yang sangat subur dan variasi,
pengalaman dakwah yang sangat segar dan bermakna,
dakwah di sini bukan untuk siapa, untuk ahli keluarga kita juga,
bangsa kita sendiri terutamanya.

Akhawati.. ingat pesan ana ye,
jangan mudah jemu dengan masyarakat kita,
banyak antara mereka yang sakit, banyak yang leka,
sekalipun sejuta kali berpesan,
seakan dakwah ini tiada kesan..
tapi ingat..bila kesusahan, keletihan menghimpit jiwa,
bacalah ayat Tuhan tentang nikmatnya syurga.

Selamat pulang akhawati,
InsyaAllah saf ini semakin kukuh,
dan kemenangan semakin dekat,
jika tidak di dunia,
pasti di syurga.

Coretan dari : insan yang menanti kepulanganmu..

Apabila bertemu dengan satu titik perpisahan, pasti akan bertemu pula dengan titik pertemuan.
Buat ‘insan yang menanti kepulanganmu’…
Bantulah sahabatmu ini untuk terus menapak kukuh di medan yang baru.
Buat ‘insan yang bakal kutinggalkan’…
Teruskanlah apa yang telah dimulakan dengan iltizam yang lebih teguh.

 

Pages:12»